Thursday, August 20, 2009

Surau Sementara Presint 14C2

Untuk makluman semua, Ramadhan tahun ini kita akan mewujudkan Surau Sementara bagi memudahkan penduduk untuk menunaikan Ibadah bersama-sama. Ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dan silaturrahim sesama ahli kejiranan P14 C2.

Kita akan menjalankan aktiviti Solat Maghrib, Isya' dan Terawikh secara berjemaah. Kita akan mulakan dengan aktiviti Solat Maghrib dan Isya' berjemaah pada malam ni. InsyaAllah Pengerusi atau Pengurus Program Ramadhan 2009/1430H kita akan memberi penerangan ringkas mengenai aktiviti-aktiviti dan pengisian di sepanjang bulan Ramadhan ini.

Berikut adalah tapak untuk Surau sementara:



Kepada sesiapa yang berminat untuk menderma ke Tabung Surau ataupun berupa barangan, dan sebagainya...teramatlah di alu-alukan. Anda boleh menderma ke dalam tabung-tabung yang disediakan nanti. Atau, boleh masukkan ke akaun Bank Muamalat KRT Presint 14 C2 (No Akaun: 1601 0000 4437 17), ataupun boleh hubungi penama berikut untuk tahu lebih lanjut:

  1. Pengurus Program Ramadhan 2009/1430H: En Rizal - 013-2921884
  2. Pengerusi: En. Mohamad Fauzi - 019-4465480
  3. Timb. Pengerusi: En. Radzuan (Yeop) - 016-6436677
  4. Bendahari: En. Azhan - 012-2358950

Wednesday, August 19, 2009

Jadual Rondaan Sukarela 17 Ogos - 7 Sept 2009



Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi KRT P14C2, En Mohamad Fauzi di talian 019-4465480.

Sunday, August 16, 2009

Majlis Pelancaran KRT P14 C2 Sukses!

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar!

Alhamdulillah & syukur...akhirnya majlis pelancaran kita berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang gangguan dan juga terhindar dari sebarang perkara yang tidak diingini.

Terima kasih kepada semua penduduk yang sudi hadir memeriahkan majlis. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK yang bertungkus lumus menjayakan majlis.

Di atas adalah keratan dari akhbar Sinar Harian (Edisi KL-Selangor) mengenai program kita semalam.

Pada majlis ini, kita telah melepaskan sebuah bendera gergasi ke udara sempena menyambut Bulan Kemerdekaan 2009. Belon gergasi yang berdiameter 15 kaki berjaya mengapungkan bendera tersebut. Pada petang ini, kita telah mengalihkan bendera tersebut supaya menghadap ke jalan utama.

Saturday, August 8, 2009

15 Ogos 2009: Majlis Pelancaran KRT Presint 14 C2 & Pelancaran Bulan Kemerdekaan W.P. Putrajaya 2009

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar


Datanglah beramai-ramai. Terdapat pelbagai aktiviti, kaunter informasi dan jualan untuk anda seperti:

1. Bergambar dan berinteraksi bersama UPIN & IPIN - www.upindanipin.com.my
2. Makanan Kesihatan Tradisional DCL - www.dclputrajaya.com
3. Streamyx - www.streamyx.com.my
4. Rojak Buah-buahan
5. Pakaian dan tudung untuk Hari Raya
6. Kuih Raya - http://kuihrayayeop.blogspot.com/
7. Nugget, Sosej dan air minuman
8. Kementerian Kesihatan (Denggi dan H1N1)
9. Perbadanan Putrajaya (Kempen Pelupusan Bahan Pejal)
10. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
11. Rakan Cop

...dan macam-macam lagi!

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Suhaimi di 013-3530939

Wednesday, July 29, 2009

Laporan Rondaan 28 Julai 09

Untuk makluman, malam semalam tiada rondaan dibuat oleh wakil-wakil rumah yang ditugaskan. Menyedari akan tiadanya yang sukarela bertugas, saya bersama 3 orang rakan yang lain membuat rondaan dari jam 1 pagi sampai 3 pagi sahaja.

Dari jam 3 pagi sampai ke Subuh, kami hanya bertawakkal agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini di kejiranan kita.

If u all nak tau, kes terakhir berlaku lebih kurang 2 minggu lepas di jiran sebelah kita ajer, iaitu Presint 14D. Dalam 2 minggu ni, keadaan tenang.. dan kita menjangka sesuatu akan berlaku sekiranya kita leka dan ambil mudah.

If anything happen, then selama ni keselamatan yang kita pertahankan, hancur musnah..!

Tuesday, July 28, 2009

Monday, July 20, 2009

Sukarela teramai...

Untuk makluman ahli-ahli kejiranan, pada malam 18hb Julai yang lalu.. kita telah menyaksikan satu sejarah pembabitan paling ramai untuk Rondaan Sukarela semenjak diperkenalkan lebih 2 bulan yang lepas.

Lebih kurang 7-9 orang penduduk telah turut serta menjayakan rondaan tersebut. Dengan jumlah yang ramai dan menggunakan 6 buah motosikal, kita dapat melaksanakan pembahagian tugas dan "Ghosting Point" yang cukup berkesan.

Di harap agar rakan-rakan yang lain dapat turut serta mengikut jadual masing-masing atau boleh menyertai slot BEBAS di setiap Jumaat malam, dan Sabtu malam.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam dengan menggunakan telefon bimbit:

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar!




Friday, July 3, 2009

Fakta Jenayah Di Putrajaya

WARGA PUTRAJAYA KURANG MUAFAKAT 14-MAR-2005




Indeks jenayah Putrajaya meningkat 108 peratus tahun lalu! Mungkin ramai tidak percaya peningkatan indeks jenayah lebih sekali ganda di pusat pentadbiran kerajaan yang menjadi kemegahan negara itu.

Tetapi, itulah hakikatnya. Indeks jenayah tahun lalu meningkat kepada 394 kes berbanding 189 kes pada 2003.

Peningkatan jenayah di sebuah pusat pentadbiran yang rata-rata warganya menikmati kemudahan bertaraf dunia, begitu menyedihkan dan menunjukkan seolah-olah warga Putrajaya 'kurang' semangat muafakat dan kejiranan.

Jika dianalisis kes jenayah yang dilaporkan, sebanyak 93 peratus atau 368 kes adalah jenayah harta benda iaitu pecah rumah dan curi termasuk di tapak projek. Hanya tujuh peratus atau 26 kes jenayah keganasan.

Sebenarnya, jenayah harta benda seperti curi dan pecah rumah bukanlah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Ia boleh dihindari sekiranya penduduk bekerjasama, bermuafakat dan tolong-menolong.

Walaupun kes yang dilaporkan membabaitkan kerugian kecil, sekadar kehilangan seringgit dua, tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk masyarakat terutama ibu bapa bersikap 'tak apa'.

Bagi polis, walaupun seringgit dua yang hilang, ia tetap menjadi kes dan termasuk dalam indeks jenayah.

Kejadian sebegini perlu dibanteras pada peringkat awal bagi mengelak ia menjadi tidak terkawal pada masa depan.

Warga Putrajaya yang kini berjumlah kira-kira 52,000 orang tidak boleh mengharapkan kira-kira 400 pegawai dan anggota polis untuk menjaga setiap inci rumah dan harta mereka. Warga Putrajaya mesti mempunyai kesedaran menjaga harta masing-masing.

Sebagai langkah memupuk kesedaran warga Putrajaya ke arah berganding bahu membanteras jenayah, polis melancarkan Rakan Cop yang disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Isa Samad di Alamanda Putrajaya, baru-baru ini.

Menerusi Rakan Cop, orang ramai boleh membantu membanteras jenayah dengan menyalurkan sebarang maklumat kepada polis menerusi talian hotline 03-21159999 atau menghantar pesanan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32728.

Isa berkata, Jawatankuasa Keselamatan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikannya membuat keputusan melancarkan Rakan Cop di Putrajaya selepas mendapati peningkatan kes jenayah yang membimbangkan itu.

"Walaupun semua warga Putrajaya hidup selesa berbanding di tempat lain, masih ada segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini perlu dibendung kerana kita tidak mahu kumpulan kecil itu mempengaruhi kumpulan yang besar.

"Sebab itu kita melancarkan Rakan Cop supaya semua penduduk bekerjasama dan menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa," katanya ketika melancarkan program itu.

Isa berkata, Rakan Cop adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni serta pengantara untuk merapatkan jurang antara polis dan masyarakat.

Katanya, pendekatan yang dilaksanakan itu akan menggalakkan pembabitan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan swasta.

"Kejayaan Rakan Cop sudah pasti akan menjanjikan persekitaran yang lebih konduksif dan selamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Putrajaya, SUPT Mohd Khalil Kadir Mohd, berkata pihaknya memang memerlukan sokongan dan maklumat daripada orang ramai bagi membanteras kegiatan jenayah di Putrajaya.

Sehubungan itu, katanya, polis akan mengadakan perjumpaan dengan 49 pengerusi persatuan penduduk bagi membincangkan lebih lanjut peranan yang boleh dimainkan orang ramai menerusi Rakan Cop.

"Walaupun kita tidak menetapkan sasaran bilangan ahli Rakan Cop, kita berharap masyarakat akan memberi kerjasama untuk menjaga kepentingan bersama," katanya sambil menambah bukan ahli juga boleh menyalurkan maklumat.

Sumber: Berita Harian , 7 Mac 2005

Thursday, July 2, 2009

Jadual Rondaan Sukarela Julai 2009

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar!

Wednesday, June 24, 2009

Tatacara & Peraturan Rondaan Sukarela Penduduk Presint 14C2


DISEDIAKAN OLEH: BIRO KESELAMATAN, KRT PRESINT14C2

TUJUAN RONDAAN
  • Membantu mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif di dalam kawasan rondaan iaitu Presint 14C2.
  • Membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang negatif. Membantu pihak berkuasa mencegah jenayah dan dan jika penjenayah ditangkap semasa tugas rondaan sukarela hendaklah menghubungi pihak polis dangan kadar segera.

TUGASAN RONDAAN
  • Tugas rondaan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu rondaan berjalan kaki dan rondaan berkenderaan (jika ada spt : MOTOSIKAL/ BASIKAL).
  • Rondaan berjalan kaki dan berkenderaan adalah tidak kurang dari 3 orang dan kawasan rondaan adalah di kawasan Presint 14C2 sahaja.
  • Setiap penduduk boleh mendapatkan tarikh dan masa daripada Biro Jawatankuasa Keselamatan @ di laman blog http://presint14c2.blogspot.com

SEBELUM MEMULAKAN RONDAAN
  • Sebelum memulakan rondaan pada malam tersebut perkara utama yang perlu diberikan keutamaan adalah faktor keselamatan diri dan kumpulan rondaan seperti rotan,cota dan walkie-talkie.
  • Kumpulan Rondaan hendaklah membuat persediaan pada tiap kali sebelum memulakan rondaan dengan menghubungi kumpulan rondaan yang terdiri daripada jiran yang terdekat sebelah kiri dan kanan rumah.Ini kerana kumpulan rondaan yang diwujudkan adalah berdasarkan kepada barisan lorong rumah dan ini akan memudahkan kumpulan rondaan menetapkan waktu berjumpa pada malam tersebut.
  • Semua kumpulan rondaan boleh mula berkumpul pada pukul 1 pagi dan membuat rondaan sehingga 5 pagi.Tempat berkumpul kumpulan Rondaan adalah di Dataran P14c2 ( iaitu tempat Majlis Perjumpaan Taklimat Penduduk)
  • Setiap kumpulan rondaan perlu memastikan No. Telefon seperti Pusat Kawalan Polis Putrajaya , Pengerusi , Timbalan Pengerusi dan Unit Biro Keselamatan di simpan supaya jika terjadi perkara kecemasan bolehlah dihubungi dengan kadar segera.

  1. PUSAT KAWALAN POLIS PUTRAJAYA - 03-8886 2145
  2. PENGERUSI - EN MOHAMAD FAUZI - 019 - 446 5480
  3. TIMBALAN PENGERUSI – EN JAMAL LULKHIR - 019-433 4042
  4. BIRO KESELAMATAN – EN MOHD RADZUAN@YEOP - 016-643 6677

  • Setiap kumpulan rondaan perlu memberitahu kejadian-kejadian yang boleh dianggap mencurigakan pada malam rondaan (Seperti Mencatit No. Kenderaan yang mencurigakan) kepada pengerusi,timb pengerusi dan biro keselamatan,ini adalah bertujuan untuk dimaklumkan kepada pihak polis perkara tersebut.Tujuan kita adalah mencegah jenayah berlaku dikawasan Presint 14C2.

CARA MENJALANKAN RONDAAN
  • Berjalan didalam jarak yang selamat dari kenderaan dihadapan dan kenderaan di belakang dan jika berkenderaan, kenderaan mesti dipandu perlahan dalam jarak yang selamat dari pengguna jalan raya yang lain.
  • Jangan cuba untuk menghadang kenderaan yang mencurigakan ini boleh mendatangkan bahaya kepada kumpulan rodaan.
  • Sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan serta laluan dan kawasan rondaan.
  • Jika rondaan dibuat pada waktu malam hari, elakkan dari membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman orang ramai.

TANGGUNGJAWAB KUMPULAN RONDAAN
  • Mengetahui ahli-ahli kumpulan rondaan pada malam tersebut.

TANGGUNGJAWAB PENDUDUK SEMASA RONDAAN
  • Sentiasa menjaga disiplin serta berkelakuan penuh tertib dan sopan semasa menjalankan Rondaan Sukarela.

Tuesday, June 23, 2009

Cubaan Pecah Rumah di Presint 14B


(Gambar Hiasan)

Untuk makluman kawan-kawan sekalian, pada rondaan malam semalam pihak kejiranan kita telah menerima maklumat mengenai satu lagi kes cubaan pecah rumah.

Cubaan pecah rumah ini berlaku di kejiranan Presint 14B lebih kurang jam 12:00 malam. Cubaan tersebut dapat dipatahkan oleh jiran rumah tersebut. Kereta suspek adalah sejenis Wira berwarna gelap. Nampak gayanya penyamun tidak mengenal erti penat lelah untuk merompak.

Ayuh! Kitapun tidak mengenal erti penah lelah untuk menjaga keselamatan keluarga kita!

Monday, June 22, 2009

Niat JAHAT Dipatahkan



Pertama sekali, diucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli kejiranan yang sudi berkawal dengan sukarela sama ada mengikut jadual atau di waktu FREE.

Untuk makluman jiran-jiran sekalian, di atas kawalan-kawalan yang dilakukan itu maka beberapa cubaan JAHAT dapat dipatahkan seperti berikut:

  1. Ahad malam 14 Jun - Didapati sebuah kereta Myvi berwarna gelap dan OFF semua lampunya cuba memasuki kawasan kejiranan sekitar jam 4:00pagi. Bila menyedari wujudnya kawalan, kereta tersebut terus memecut laju keluar dari kawasan perumahan. Polis tiba lebih kurang 5 minit kemudian.

  2. Sabtu malam 20 Jun - Didapati sebuah kereta Honda Civic memasuk kejiranan sekitar jam 2:30pagi. Kereta tersebut yang menyedari kehadiran ahli rondaan, terus memecut laju meninggalkan kejiranan. Polis tiba sejurus kemudian dan tidak lama selepas itu mendapat laporan Ahli Kejiranan Presint 14E melaporkan hal yang sama. Kereta tersebut terakhir dikesan di kejiranan Presint 18.

Setakat ini, dipercayai kereta-kereta tersebut masuk untuk memerhati keadaan mengizinkan atau tidak untuk mereka melakukan sesuai (yang dianggap JAHAT - seperti pecah rumah atau kereta).

Diminta sokongan ahli-ahli kejiranan untuk terus komited menjaga keselamatan keluarga masing-masing dan kawan-kawan.

Fikirlah, dikala anda sedang lena tidur... ada yang sedang berjaga untuk memastikan keselamatan anda.

Sunday, June 14, 2009

Jadual Rondaan Sukarela


Ekoran dari kes-kes samun, pecah rumah dan jenayah-jenayah lain yang kian meningkat di Putrajaya (sama ada anda sedar atau tidak), pihak kami merayu kepada sekalian penduduk untuk menyumbang tenaga melakukan rondaan malam.

Berikut adalah surat dari Pengerusi AJK Penaja, yang telahpun diagihkan ke rumah anda pada sebelah petang tadi:

(Sila click pada gambar untuk paparan lebih besar)

Jadual rondaan malam sukarela yang ditetapkan adalah seperti berikut:


Nombor-nombor untuk dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan/masalah:
  1. Pusat Kawalan Polis Putrajaya: 03-8886 2145
  2. Pengerusi Penduduk: 019-446 5480
  3. Naib Pengerusi: 019-433 4042
  4. Biro Keselamatan: 016-643 6677
Semoga niat kita yang ikhlas, dapat menjaga ketenteraman keluarga kita dan sahabat-sahabat kita.

"Kenalilah Jiran Kiri-Kanan-Depan-Belakang Anda"

Monday, May 4, 2009

Mesyuarat 1: Perjumpaan Penduduk Presint 14 C2



Satu mesyuarat tergempar antara penduduk telah diadakan rentetan daripada kejadian pecah rumah yang berlaku di sebuah rumah di Jalan P14C 2/6. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 April 2009 (Isnin)
Masa: 8:45pm
Tempat: No. 3, Jalan P14C 2/5

Perkara utama yang dibangkitkan adalah Keselamatan Penduduk dan Harta Benda. Kesemua yang hadir telah mencapai kata sepakat iaitu:
  1. Penubuhan Rukun Tentangga atau KRT
  2. Melantik AJK Penaja
  3. Cadangan mengupah syarikat kawalan keselamatan

Berikut adalah AJK Penaja yang dilantik:

Pengerusi: En. Mohamad Fauzi
Tim. Pengerusi: En. Jamal Lulkhir
S/U: En. Mohamad Suhaimi
Tim. S/U: En. Suhami
Bendahari: En. Azman

**Maklumat lanjut AJK-AJK lain dan selebihnya akan di publish kemudian.

Satu bancian akan diadakan bagi mendapatkan pandangan penduduk mengenai pengupahan Syarikat Kawalan Keselamatan. Butiran bancian merangkumi persetujuan atau tidak, dan sekiranya bersetuju berapakah jumpah commitment bulanan yang berkemampuan.

Penduduk juga digalakkan untuk memberikan sebarang pendapat berkenaan dengan perkara ini.

**Softcopy borang bancian akan di upload ke blog ini kemudian.