Tuesday, June 23, 2009

Cubaan Pecah Rumah di Presint 14B


(Gambar Hiasan)

Untuk makluman kawan-kawan sekalian, pada rondaan malam semalam pihak kejiranan kita telah menerima maklumat mengenai satu lagi kes cubaan pecah rumah.

Cubaan pecah rumah ini berlaku di kejiranan Presint 14B lebih kurang jam 12:00 malam. Cubaan tersebut dapat dipatahkan oleh jiran rumah tersebut. Kereta suspek adalah sejenis Wira berwarna gelap. Nampak gayanya penyamun tidak mengenal erti penat lelah untuk merompak.

Ayuh! Kitapun tidak mengenal erti penah lelah untuk menjaga keselamatan keluarga kita!

1 comment:

  1. ermm.. makin menjadi jadi kes pecah rumah / jenayah kat Putrajaya ni. rasa tak aman dan terancam la pulak

    ReplyDelete