Monday, May 4, 2009

Mesyuarat 1: Perjumpaan Penduduk Presint 14 C2



Satu mesyuarat tergempar antara penduduk telah diadakan rentetan daripada kejadian pecah rumah yang berlaku di sebuah rumah di Jalan P14C 2/6. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 April 2009 (Isnin)
Masa: 8:45pm
Tempat: No. 3, Jalan P14C 2/5

Perkara utama yang dibangkitkan adalah Keselamatan Penduduk dan Harta Benda. Kesemua yang hadir telah mencapai kata sepakat iaitu:
  1. Penubuhan Rukun Tentangga atau KRT
  2. Melantik AJK Penaja
  3. Cadangan mengupah syarikat kawalan keselamatan

Berikut adalah AJK Penaja yang dilantik:

Pengerusi: En. Mohamad Fauzi
Tim. Pengerusi: En. Jamal Lulkhir
S/U: En. Mohamad Suhaimi
Tim. S/U: En. Suhami
Bendahari: En. Azman

**Maklumat lanjut AJK-AJK lain dan selebihnya akan di publish kemudian.

Satu bancian akan diadakan bagi mendapatkan pandangan penduduk mengenai pengupahan Syarikat Kawalan Keselamatan. Butiran bancian merangkumi persetujuan atau tidak, dan sekiranya bersetuju berapakah jumpah commitment bulanan yang berkemampuan.

Penduduk juga digalakkan untuk memberikan sebarang pendapat berkenaan dengan perkara ini.

**Softcopy borang bancian akan di upload ke blog ini kemudian.

Welcome...Selamat Datang...!!~

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke blog rasmi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Presint 14 C2. Blog ini diwujudkan bertujuan menyampaikan maklumat terkini mengenai aktiviti kesatuan. Info seperti carta organisasi, minit mesyuarat, gambar-gambar dan sebagainya akan dimuatkan dari semasa ke semasa.

Blog ini diselenggara oleh Biro Publisiti dan Perhubungan. Cadangan / usul boleh dihantar ke presint14c2@gmail.com.