Monday, May 4, 2009

Mesyuarat 1: Perjumpaan Penduduk Presint 14 C2



Satu mesyuarat tergempar antara penduduk telah diadakan rentetan daripada kejadian pecah rumah yang berlaku di sebuah rumah di Jalan P14C 2/6. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 April 2009 (Isnin)
Masa: 8:45pm
Tempat: No. 3, Jalan P14C 2/5

Perkara utama yang dibangkitkan adalah Keselamatan Penduduk dan Harta Benda. Kesemua yang hadir telah mencapai kata sepakat iaitu:
  1. Penubuhan Rukun Tentangga atau KRT
  2. Melantik AJK Penaja
  3. Cadangan mengupah syarikat kawalan keselamatan

Berikut adalah AJK Penaja yang dilantik:

Pengerusi: En. Mohamad Fauzi
Tim. Pengerusi: En. Jamal Lulkhir
S/U: En. Mohamad Suhaimi
Tim. S/U: En. Suhami
Bendahari: En. Azman

**Maklumat lanjut AJK-AJK lain dan selebihnya akan di publish kemudian.

Satu bancian akan diadakan bagi mendapatkan pandangan penduduk mengenai pengupahan Syarikat Kawalan Keselamatan. Butiran bancian merangkumi persetujuan atau tidak, dan sekiranya bersetuju berapakah jumpah commitment bulanan yang berkemampuan.

Penduduk juga digalakkan untuk memberikan sebarang pendapat berkenaan dengan perkara ini.

**Softcopy borang bancian akan di upload ke blog ini kemudian.

1 comment:

  1. Salam buat semua AJK Rukun Tetangga Presint 14. Saya Mas Ayu Aziz, pelajar Sains Pembangunan Manusia daripada Universiti Putra Malaysia. Saya begitu tertarik dengan laman web Rukun Tetangga ini dan setiap aktiviti yang dilakukan bersama antara penduduk setempat. Saya mendapati laman web ini sangat aktif dengan perkembangan aktiviti yang dilakukan bersama setiap bulan. Oleh itu, saya ingin melakukan field work saya bersama berkenaan tajuk e-komuniti bersama rukun tetangga ini. Boleh saya dapatkan email atau nombor telefon mana2 AJK yang incharge laman web ini terutamanya untuk lebih memudahkan kajian saya.
    Saya sertakan email saya untuk lebih memudahkan Tuan/Puan ; greenday_goth03@yahoo.com
    Harap pihak rukun tetangga sudi untuk membantu saya dalam menyiapkan kerja lapangan saya ini. Terima kasih

    ReplyDelete