Wednesday, June 24, 2009

Tatacara & Peraturan Rondaan Sukarela Penduduk Presint 14C2


DISEDIAKAN OLEH: BIRO KESELAMATAN, KRT PRESINT14C2

TUJUAN RONDAAN
  • Membantu mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif di dalam kawasan rondaan iaitu Presint 14C2.
  • Membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang negatif. Membantu pihak berkuasa mencegah jenayah dan dan jika penjenayah ditangkap semasa tugas rondaan sukarela hendaklah menghubungi pihak polis dangan kadar segera.

TUGASAN RONDAAN
  • Tugas rondaan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu rondaan berjalan kaki dan rondaan berkenderaan (jika ada spt : MOTOSIKAL/ BASIKAL).
  • Rondaan berjalan kaki dan berkenderaan adalah tidak kurang dari 3 orang dan kawasan rondaan adalah di kawasan Presint 14C2 sahaja.
  • Setiap penduduk boleh mendapatkan tarikh dan masa daripada Biro Jawatankuasa Keselamatan @ di laman blog http://presint14c2.blogspot.com

SEBELUM MEMULAKAN RONDAAN
  • Sebelum memulakan rondaan pada malam tersebut perkara utama yang perlu diberikan keutamaan adalah faktor keselamatan diri dan kumpulan rondaan seperti rotan,cota dan walkie-talkie.
  • Kumpulan Rondaan hendaklah membuat persediaan pada tiap kali sebelum memulakan rondaan dengan menghubungi kumpulan rondaan yang terdiri daripada jiran yang terdekat sebelah kiri dan kanan rumah.Ini kerana kumpulan rondaan yang diwujudkan adalah berdasarkan kepada barisan lorong rumah dan ini akan memudahkan kumpulan rondaan menetapkan waktu berjumpa pada malam tersebut.
  • Semua kumpulan rondaan boleh mula berkumpul pada pukul 1 pagi dan membuat rondaan sehingga 5 pagi.Tempat berkumpul kumpulan Rondaan adalah di Dataran P14c2 ( iaitu tempat Majlis Perjumpaan Taklimat Penduduk)
  • Setiap kumpulan rondaan perlu memastikan No. Telefon seperti Pusat Kawalan Polis Putrajaya , Pengerusi , Timbalan Pengerusi dan Unit Biro Keselamatan di simpan supaya jika terjadi perkara kecemasan bolehlah dihubungi dengan kadar segera.

  1. PUSAT KAWALAN POLIS PUTRAJAYA - 03-8886 2145
  2. PENGERUSI - EN MOHAMAD FAUZI - 019 - 446 5480
  3. TIMBALAN PENGERUSI – EN JAMAL LULKHIR - 019-433 4042
  4. BIRO KESELAMATAN – EN MOHD RADZUAN@YEOP - 016-643 6677

  • Setiap kumpulan rondaan perlu memberitahu kejadian-kejadian yang boleh dianggap mencurigakan pada malam rondaan (Seperti Mencatit No. Kenderaan yang mencurigakan) kepada pengerusi,timb pengerusi dan biro keselamatan,ini adalah bertujuan untuk dimaklumkan kepada pihak polis perkara tersebut.Tujuan kita adalah mencegah jenayah berlaku dikawasan Presint 14C2.

CARA MENJALANKAN RONDAAN
  • Berjalan didalam jarak yang selamat dari kenderaan dihadapan dan kenderaan di belakang dan jika berkenderaan, kenderaan mesti dipandu perlahan dalam jarak yang selamat dari pengguna jalan raya yang lain.
  • Jangan cuba untuk menghadang kenderaan yang mencurigakan ini boleh mendatangkan bahaya kepada kumpulan rodaan.
  • Sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan serta laluan dan kawasan rondaan.
  • Jika rondaan dibuat pada waktu malam hari, elakkan dari membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman orang ramai.

TANGGUNGJAWAB KUMPULAN RONDAAN
  • Mengetahui ahli-ahli kumpulan rondaan pada malam tersebut.

TANGGUNGJAWAB PENDUDUK SEMASA RONDAAN
  • Sentiasa menjaga disiplin serta berkelakuan penuh tertib dan sopan semasa menjalankan Rondaan Sukarela.

Tuesday, June 23, 2009

Cubaan Pecah Rumah di Presint 14B


(Gambar Hiasan)

Untuk makluman kawan-kawan sekalian, pada rondaan malam semalam pihak kejiranan kita telah menerima maklumat mengenai satu lagi kes cubaan pecah rumah.

Cubaan pecah rumah ini berlaku di kejiranan Presint 14B lebih kurang jam 12:00 malam. Cubaan tersebut dapat dipatahkan oleh jiran rumah tersebut. Kereta suspek adalah sejenis Wira berwarna gelap. Nampak gayanya penyamun tidak mengenal erti penat lelah untuk merompak.

Ayuh! Kitapun tidak mengenal erti penah lelah untuk menjaga keselamatan keluarga kita!

Monday, June 22, 2009

Niat JAHAT Dipatahkan



Pertama sekali, diucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli kejiranan yang sudi berkawal dengan sukarela sama ada mengikut jadual atau di waktu FREE.

Untuk makluman jiran-jiran sekalian, di atas kawalan-kawalan yang dilakukan itu maka beberapa cubaan JAHAT dapat dipatahkan seperti berikut:

  1. Ahad malam 14 Jun - Didapati sebuah kereta Myvi berwarna gelap dan OFF semua lampunya cuba memasuki kawasan kejiranan sekitar jam 4:00pagi. Bila menyedari wujudnya kawalan, kereta tersebut terus memecut laju keluar dari kawasan perumahan. Polis tiba lebih kurang 5 minit kemudian.

  2. Sabtu malam 20 Jun - Didapati sebuah kereta Honda Civic memasuk kejiranan sekitar jam 2:30pagi. Kereta tersebut yang menyedari kehadiran ahli rondaan, terus memecut laju meninggalkan kejiranan. Polis tiba sejurus kemudian dan tidak lama selepas itu mendapat laporan Ahli Kejiranan Presint 14E melaporkan hal yang sama. Kereta tersebut terakhir dikesan di kejiranan Presint 18.

Setakat ini, dipercayai kereta-kereta tersebut masuk untuk memerhati keadaan mengizinkan atau tidak untuk mereka melakukan sesuai (yang dianggap JAHAT - seperti pecah rumah atau kereta).

Diminta sokongan ahli-ahli kejiranan untuk terus komited menjaga keselamatan keluarga masing-masing dan kawan-kawan.

Fikirlah, dikala anda sedang lena tidur... ada yang sedang berjaga untuk memastikan keselamatan anda.

Sunday, June 14, 2009

Jadual Rondaan Sukarela


Ekoran dari kes-kes samun, pecah rumah dan jenayah-jenayah lain yang kian meningkat di Putrajaya (sama ada anda sedar atau tidak), pihak kami merayu kepada sekalian penduduk untuk menyumbang tenaga melakukan rondaan malam.

Berikut adalah surat dari Pengerusi AJK Penaja, yang telahpun diagihkan ke rumah anda pada sebelah petang tadi:

(Sila click pada gambar untuk paparan lebih besar)

Jadual rondaan malam sukarela yang ditetapkan adalah seperti berikut:


Nombor-nombor untuk dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan/masalah:
  1. Pusat Kawalan Polis Putrajaya: 03-8886 2145
  2. Pengerusi Penduduk: 019-446 5480
  3. Naib Pengerusi: 019-433 4042
  4. Biro Keselamatan: 016-643 6677
Semoga niat kita yang ikhlas, dapat menjaga ketenteraman keluarga kita dan sahabat-sahabat kita.

"Kenalilah Jiran Kiri-Kanan-Depan-Belakang Anda"